Najib bernasib baik hari ini kerana dia masih ada penyokong yang masih memikirkan ada agenda yang lebih besar perlu dipertahankan selain mempertahankan Najib. Najib juga bernasib baik kerana masih wujud golongan penyokong yang masih rasa terhutang budi kepada ayahandanya Tun Abdul Razak. Agenda 1Malaysia-nya jelas dimanipulasi kaum chauvinist sehingga merugikan Melayu. Walaubagaimanapun, seseorang pemimpin memang seharusnya ada pengikut setia, dan juga harus ada pengikut waspada.
