"Datuk Onn kemudian berasa kecewa dengan apa yang beliau menganggap sebagai dasar-dasar perkauman UMNO, dan mencadangkan bahawa keahlian parti dibuka kepada semua penduduk Tanah Melayu, tanpa mengira kaum, dan nama UMNO ditukarkan menjadi "Pertubuhan Kebangsaan Penduduk Tanah Melayu Bersatu". Oleh sebab cadangan itu ditentangkan, Dato Onn meletakkan jawatan sebagai presiden UMNO apabila persidangan Majlis Mesyuarat Agung Keenam diadakan pada 25 - 26 Ogos 1951."
Sekiranya matlamat perjuangan Pribumi Perkasa itu adalah bercanggah sama sekali dengan matlamat perjuangan parti UMNO dan sekiranya DS Najib memperjuangkan perjuangan pelbagai kaum menerusi konsep 1-Malaysia, maka wajarlah DS Najib meletak jawatannya sebagai Presiden Parti UMNO. Sepatutnya DS Najib bersifat lebih berani dengan mengikuti jejak langkah Datuk Onn Jaafar yang keluar parti untuk menubuhkan Parti Negara supaya perjuangan 1-Malaysianya dapat diteruskan tanpa menjejaskan keutuhan parti UMNO yang memperjuangkan matlamat perjuangan orang Melayu dan Bumiputera sebagaimana MIC dengan orang indianya dan MCA dengan orang cinanya.
Apabila kembalinya UMNO kepada matlamat perjuangan asalnya, maka tidak perlu lagilah Pribumi Perkasa bersusah payah mengisi ruang yang dikosongkan oleh UMNO. Tidak perlu lagilah bagi orang-orang Melayu mengalih pandangan mereka dari UMNO. DS Najib bersama-sama orang-orang kuatnya mampu menubuhkan sebuah parti politik baru, dengan mencontohi Datuk Onn Jaafar, bagi memperjuangkan wadah 1-Malaysianya.