"Datuk Onn kemudian berasa kecewa dengan apa yang beliau menganggap sebagai dasar-dasar perkauman UMNO, dan mencadangkan bahawa keahlian parti dibuka kepada semua penduduk Tanah Melayu, tanpa mengira kaum, dan nama UMNO ditukarkan menjadi "Pertubuhan Kebangsaan Penduduk Tanah Melayu Bersatu". Oleh sebab cadangan itu ditentangkan, Dato Onn meletakkan jawatan sebagai presiden UMNO apabila persidangan Majlis Mesyuarat Agung Keenam diadakan pada 25 - 26 Ogos 1951."
Sekiranya matlamat perjuangan Pribumi Perkasa itu adalah bercanggah sama sekali dengan matlamat perjuangan parti UMNO dan sekiranya DS Najib memperjuangkan perjuangan pelbagai kaum menerusi konsep 1-Malaysia, maka wajarlah DS Najib meletak jawatannya sebagai Presiden Parti UMNO.
Sepatutnya DS Najib bersifat lebih berani dengan mengikuti jejak langkah Datuk Onn Jaafar yang keluar parti untuk menubuhkan Parti Negara supaya perjuangan 1-Malaysianya dapat diteruskan tanpa menjejaskan keutuhan parti UMNO yang memperjuangkan matlamat perjuangan orang Melayu dan Bumiputera sebagaimana MIC dengan orang indianya dan MCA dengan orang cinanya.
Apabila kembalinya UMNO kepada matlamat perjuangan asalnya, maka tidak perlu lagilah Pribumi Perkasa bersusah payah mengisi ruang yang dikosongkan oleh UMNO. Tidak perlu lagilah bagi orang-orang Melayu mengalih pandangan mereka dari UMNO. DS Najib bersama-sama orang-orang kuatnya mampu menubuhkan sebuah parti politik baru, dengan mencontohi Datuk Onn Jaafar, bagi memperjuangkan wadah 1-Malaysianya.
Apabila kembalinya UMNO kepada matlamat perjuangan asalnya, maka tidak perlu lagilah Pribumi Perkasa bersusah payah mengisi ruang yang dikosongkan oleh UMNO. Tidak perlu lagilah bagi orang-orang Melayu mengalih pandangan mereka dari UMNO. DS Najib bersama-sama orang-orang kuatnya mampu menubuhkan sebuah parti politik baru, dengan mencontohi Datuk Onn Jaafar, bagi memperjuangkan wadah 1-Malaysianya.
Selagi sistem politik kita masih berasaskan kepada perkauman, selagi ada sistem pendidikan vernakular mengikut warna kulit ala sistem apartheid Afrika Selatan, selagi ada rakyat Malaysia tetapi langsung tidak berjiwa Malaysia, yang menjunjung langit negara asing, yang mendahulukan bahasa ibunda daripada bahasa Kebangsaan, selagi ada papan-papan tanda yang tidak menggunakan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa utama dan Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua tanpa adanya bahasa-bahasa asing yang lain, selagi ada orang-orang cina dan orang-orang india di bumi ini, bukannya orang Malaysia, selagi prinsip-prinsip Rukun Negara dan Perlembagaan Persekutuan, Kedaulatan Raja-Raja Melayu dicabuli secara terbuka ataupun secara halus, maka selagi itulah UMNO perlu terus kekal wujud sebagaimana asalnya untuk memperjuangkan matlamat perjuangan orang Melayu dan Bumiputera.
"...Fundamentally, a member of the Bangsa Malaysia should speak the national language of the Federation, Bahasa Malaysia, fluently and as a primary language; be fully versed with adat-adat and tatasusila orang Melayu and other Bumiputras of the Federation; demonstrates respect and deference to Islam as the official religion of the Federation and exhibit traits and mannerisms acceptable to the Malays and other Bumiputras. Non-Malay members of this Bangsa Malaysia may speak in their own dialects in private and may practise their own cultures and religions in the private confines of their community. Also, Budaya Malaysia is based on the budaya of the Malays and other Bumiputras of the Federation – in their various representations..."
"...Only when we have a truly unified Bangsa Malaysia speaking in one language, amenable to Malaysian cultural norms, and with a cohesive Malaysian mindset will we as a nation be able to look beyond the NEP, beyond Malay privileges, beyond safeguarding Malay Rights as we are now all anak Bangsa Malaysia in the arca of the Malays and other Bumiputras of this blessed land..."
Belum sampai masanya untuk UMNO bersara, berehat menikmati hasil perjuangan murninya. Amat tidak wajar bagi DS Najib "memecat" UMNO dari "jawatan"nya semata-mata kerana memperjuangkan konsep 1-Malaysianya, yang tidak selari dengan perjuangan orang-orang Melayu dan Bumiputera. Sama sekali tidak wajar bagi Presiden UMNO "membunuh" parti UMNO" hanya kerana matlamat perjuangan Presiden Parti sudah tidak lagi secocok dengan perjuangan parti itu sendiri.
Datuk Onn Jaafar adalah seorang wira yang berprinsip serta berani apabila beliau keluar dari parti untuk memperjuangkan ideologinya. Tindakan beliau adalah terpuji kerana beliau tidak mempergunakan parti Melayu untuk memperjuangkan ideologi "Malaysia"nya. Beliau tidak "membunuh" parti Melayu tersebut tetapi beliau telah menubuhkan parti yang lain. Jadi wajarlah DS Najib mengikut langkah terpuji Datuk Onn Jaafar ini sekiranya DS Najib ingin memperjuangkan konsep 1-Malaysia yang ternyata bukan sebuah wadah perjuangkan untuk orang Melayu dan Bumiputera. Jangan 'di bunuh" UMNO itu. Keluarlah dari UMNO dan tubuhkan sebuah parti yang lain.
Apabila sampai ketikanya orang Melayu, orang cina, orang india dan orang-orang lain bersedia jiwa dan raganya untuk menjadi SATU BANGSA MALAYSIA, maka pada masa itulah MIC, MCA dan UMNO perlu mengubah haluan parti daripada yang berasaskan kepada perkauman. Mungkin pada waktu itu UMNO akan di kenali sebagai UNITED MALAYSIAN dan bukan lagi UNITED MALAY. Ini bukan masanya untuk menidakkan perjuangan orang Melayu dan Bumiputera di tengah-tengah kelantangan orang-orang cina dan india memperjuangkan kecinaan dan keindiaan mereka masing-masing. Selagi ada cina, ada india maka mesti adalah Melayu itu. Kenapa harus dihapuskan perjuangan penduduk asal bumi ini atas alasan kesamarataan 1-Malaysia?
Waktu kini, sewaktu orang-orang cina dan india amat lantang memperjuangkan kaum masing-masing, adalah bukan waktunya untuk DS Najib membunuh UMNO dengan mencelarukan perjuangan parti orang Melayu tersebut dengan konsep 1-Malaysianya yang kononnya sama-rata, sama adil, yang lebih mirip kepada Malaysian Malaysia DAP. Sebuah perjuangan kesamarataan di atas padang yang terlalu senget!