Sunday, October 23, 2011

Apakah Najib Dalang


DS Najib mengakui sendiri bahawa beliau lah yang berusaha mempertahankan akta berkaitan sekolah vernakular sewaktu menyandang jawatan Menteri Pendidikan, bagi memastikan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil yang diamalkan terus sesuai dilaksanakan. Sementara Anwar yang pernah memegang jawatan Menteri Pendidikan gagal berbuat demikian.
“Pada masa itu, sebelum saya, ada seorang Menteri Pendidikan (Anwar),  yang tidak mahu melakukannya (pindaan akta), tiada keberanian untuk melakukannya. – kata Najib dipetik Utusan semasa perasmian Perhimpunan Agung MCA Ke-58 di Dewan San Choon, Wisma MCA, Kuala Lumpur,
 

Dengan pengakuan benar dari mulut DS Najib sendiri, sekarang baru lah kita tahu bahawa siapakah yang sebenarnya menjadi dalang disebalik sekolah vernakular di Malaysia.  Oleh itu dapat lah kita ketahui siapa kah dalang didalam hal sekolah vernakular yang mendapat kritikan rakyat yang kuat menyokong Umno.
Pada 16 January 2011 beliau pernah menyebut perkara yang sama di Kucing. DS Najib dengan bangganya pernah memberi jaminan kerajaan akan terus mempertahankan sekolah vernakular seperti Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) yang telah diiktiraf sebagai sebahagian daripada sistem pendidikan negara.
“Jika kita lihat negara-negara jiran tetangga, tidak ada lagi sekolah jenis ini walaupun dulu ia pernah wujud di sebuah negara di selatan tetapi telah ditutup oleh kerajaan mereka”
“Berbeza di Malaysia, kerajaan bukan sahaja masih mempertahankan kewujudan sekolah-sekolah jenis ini, malah mengiktirafnya sebagai sebahagian daripada sistem pendidikan negara secara rasmi melalui penggubalan Akta Pendidikan 1997,”