Sunday, October 23, 2011

Akta Pendidikan 1996


Najib bernasib baik hari ini kerana dia masih ada penyokong yang masih memikirkan ada agenda yang lebih besar perlu dipertahankan selain mempertahankan Najib. Najib juga bernasib baik kerana masih wujud golongan penyokong yang masih rasa terhutang budi kepada ayahandanya Tun Abdul Razak. Agenda 1Malaysia-nya jelas dimanipulasi kaum chauvinist sehingga merugikan Melayu. Walaubagaimanapun, seseorang pemimpin memang seharusnya ada pengikut setia, dan juga harus ada pengikut waspada.

Sebagaimana kata Che Det dalam pertemuan sebelum ini, “Najib selalu keliru bila masa perlu bercakap, bila masanya perlu diam, dan akhirnya mengguris hati Melayu.”

Baru-baru ini Najib kata tak kiralah Sekolah Kebangsaan sekolah jenis kebangsaan vernakular (sjkc/sjkt) semuanya dapat peruntukan. Tapi yang paling untung mestilah sekolah jenis kebangsaan vernakular sebab mereka dapat 2 peruntukan – satu daripada kerajaan dan satu lagi daripada dermawan kaum masing-masing. Itu belum masuk dana dari Dong Zong, Jiao Zong, Dong Jiao Zong dll.

Najib juga mengumumkan pengecualian cukai kepada sesiapa yang menderma untuk Dana Kebajikan Pendidikan ‘Community Chest’ yang diwujudkan oleh korporat Cina bagi bantuan pendidikan sekolah jenis kebangsaan vernakular. Tapi ikut logiknya, jika penderma tersebut dikecualikan cukai, maka sudah tentu pendapatan negara akan berkurangan. Jadi kaum mana sebenarnya yang untung?

Ingat lagi siapa yang rela hati gubal Akta Pendidikan 1996 hingga menyebabkan dana kerajaan terpaksa diperuntukkan bagi membiayai sekolah vernakular? Siapa Menteri Pendidikan ketika itu? BN & UMNO sangat kuat pada 1996, dan tiada kaum bukan Melayu yang desak kerajaan untuk gubal akta tersebut. Tapi dengan manja relanya Najib sebagai Menteri Pendidikan 1996 telah menggubal Akta Pendidikan untuk halalkan bantuan kerajaan kepada sekolah haram vernakular. Bayangkan walau tanpa tekanan ketika itu pun Najib engan mudahnya serah tengkuk pada Cina, apatah lagi jika dia ditekan pada masa ini?

Alang-alang kita dah ada sekolah vernakular Cina/Tamil, apa kata kaum pribumi Sabah & Sarawak pula minta kerajaan tubuhkan sekolah jenis bahasa suku kaum mereka sendiri. MANA ADIL hanya sekolah Cina dan India saja diiktiraf. Tamadun suku kaum Sabah & Sarawak lebih layak diiktiraf kerana mereka adalah Pribumi yang punyai berpuluh bahasa sebagai khazanah warisan bangsa. Amacam orang Borneo? Setuju tak desak kerajaan tubuhkan pula sekolah bahasa pribumi Sabah & Sarawak?

Ataupun kita tutup saja semua Sekolah Kebangsaan dan kita pakat-pakat bahagikan semua sekolah kepada Sekolah Jenis Melayu, Sekolah Jenis Pribumi, Sekolah Jenis Cina, Sekolah Jenis Tamil, Sekolah Jenis Mubaligh etc. Rakyat pasti seronok sebab masing-masing ada sekolah berasaskan kaum sendiri.

Lepas tu kita pinda pula Perlembagaan Persekutuan untuk jadikan Bahasa Melayu, Bahasa Pribumi, bahasa Mandarin dan bahasa Tamil sebagai bahasa Kebangsaan Bersama. Maka Bumiputera pun tak perlu nak sakit hati, Cina dan India pun tentu lebih gembira menyokong Najib.